Kenali Homeopathy

SEGALA INFO DIDALAM WEB INI DISEDIAKAN OLEH DOKTOR-DOKTOR HOMEOPATHY DIMALAYSIA MUGA PERJUANGAN MEREKA  DIDALAM MENGEMBANGKAN PERUBATAN HOMEOPATHY DIMALAYSIA INI , ALLAH MEMBERI GANJARAN KEPADA MEREKA SERTA KELUARGA MEREKA.

MARILAH KITA SEMUA HADIAHKAN FATEHAH KEPADA SEMUA MEREKA YANG TELAH BERJUANG DALAM BIDANG PERUBATAN INI. AL FATEHAH, AMIN

Selamat Datang ke web Perubatan Homeopathy 

Info disediakan oleh Dr (H) Zaini Ramli

Menyediakan info mengenai perubatan Homeopathy yang menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa. Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa. Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan ekstrak daripada tumbuhan semulajadi berasaskan Bio Teknologi yang telah teruji lebih 250 tahun yang lalu.. Perubatan Homeopathy diakui diseluruh dunia sungguh berkesan dalam proses pembongkaran penyakit seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan secara semulajadi tanpa sampingan kepada pesakitnya.

Penawar Homeopathy digunakan untuk menguatkan ‘Tenaga Hayat’ (Vital Force) supaya dapat melawan penyakit. Dalam sistem perubatan Homeopathy, tumpuan diberi kepada pengembalian keseimbangan Vital Force dan mengembalikannya kepada  kekuatan  yang optimum. Homeopathy menjangkau jauh sehingga kepada  alam rohaniah organisme di dalam rawatan sebarang keadaan sakit atau penyakit. Vital force, sebagaimana yang diistilahkan sebagai Bio-Energy merupakan kuasa hayat yang menjadi intipati kepada organisme hidup. Ia berkait rapat dengan keseluruhan insan, berhubungan dengan minda, jasad dan roh di samping  terdapatnya  kuasa penyembuhan dalaman tubuh.

Punca Penyakit Adalah – LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT (VITAL FORCE)

Disebabkan Oleh Dadah, Antibiotik, Kuman, Virus, Kulat, Bakteria, Perasa, Pewarna, Pengawet, Racun Serangga, Udara Kotor, Asap, Hormon, Air Berklorin, Makanan Segera Dan Bermacam-macam Lagi……

AKIBAT LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT (VITAL FORCE)

Segala Jenis Kanser, Bisa Seluruh Badan, Viral Diseaseases, Kencing Manis, Buah Pinggang, Herpes, Penyakit Jantung, Alzheimer’s, Darah Tinggi, Parkinson, Angin Ahmar, Sawan, Penyakit-Penyakit Kulit, Autism, Arthritis, Tuberculosis (TB), Semput, Campak, Migraine, Malaria, Demam Selsema, Batuk, Alergi, Bisa Perut, Infeksi Paru-Paru, Hepatitis, Resdung / Sinus, Gout, Bronchitis, Infeksi Usus dan banyak lagi….

Apa Saja Yang Dapat Menguatkan Sistem Ketahanan Akan Secara Langsung:

MENCEGAH & MERAWATI PENYAKIT

ANTARA PENYAKIT AKIBAT LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT (VITAL FORCE) YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH HOMEOPATHY.

Penyakit : Gout, Lemah badan, letih atau lesu, malas, tidak ada tenaga, sakit urat saraf, sakit kepala, migrin, selalu melepuh mulut / pecah mulut, gastrik, hilang suara, resdung, sakit kerongkong, selsema, demam berterusan, sakit orang tua, kencing tidak tos, kecing tidak puas, sakit buah pinggang, sawan, kencing manis, darah tinggi, strok, batu karang, albuminuria, ketuat, menyintak, cramp, kelimumur, denggi, cirit-birit kronik, tersedu, insomania, lumpuh, ketimbir, eczema, psorasis, kembong, angina, batu di hempedu, kencing berdarah, hepatitis, buasir, nephritis, buta warna, jerawat, ketumbuhan, prolapse of uterus, busong, bell palsy, parkinson, siflis, gonorrhoea, tinnitus, masalah jantung, ulcerative colitis, gastrik ulcer, rheumatism, gastrik, glaucoma, buasir, jerawat.

Masaalah Lelaki : Mandul lelaki, tidak ada benih lelaki, lemah tenaga batin, pancutan air mani pramasa, ketagihan arak, ketagihan rokok, angin pasang, , masalah mastubasi atau onani, , masalah prostat dan lain-lain.

Masaalah  Wanita : Haid tidak teratur, haid tidak datang, haid berpanjangan, darah haid berketul, darah haid datang sedikit, sakit bulanan, senguggut, endometrosis, dysmenorrhoea, fibroid, selalu keguguran, mandul, tidak subur, fallopian tuba tersumbat, masalah hormon, keputehan, emosi, gila meroyan, masalah muntah-muntah waktu hamil, alahan mengandung, pening, mual-mual, muntah, dugal, angin, keluar cecair faraj yang busok, hilang nafsu seks, radangan pada faraj,vaginitis, masalah barah buah dada,spleen bengkak, selalu pitam, rambut gugur, masalah kegemukan atau obesiti, rawatan sebelum dan selepas bersalin, hysteria, luka dalam selepas pembedahan, varicose vein, jeragat.

Masaalah Kanak-Kanak: Kanak-kanak lambat berjalan, lambat bercakap, kepala besar – hydrocephyalus, hydrocele, hernia, kanak-kanak selalu berdarah hidung, selalu kencing malam  (bed wetting), sarat,lekat tulang ikan, mabuk perjalanan, anaemia, apthae, asthma, rabun malam, berkudis, gatal-gatal badan, sembelit, cacing, jaundice , scabies, kudis malam, kanak-kanak selalu menangis, sarat, campak, bertih, steriliti, infertiliti, tonsil, sakit gigi, hyper active, kencing tidak keluar, geligata, allergik.

MASAALAH JIWA & KEROHANIAN YANG DAPAT DIRAWAT DENGAN KAEDAH HOMEOPATHY

  • Imiginasi luarbiasa seperti merepek, tak sedarkan diri, meracau dan imiginasikan nampak orang hitam dan hantu.
  • Pesakit kelihatan takut dan tertakut-takut kepada benda-benda yang tidak kelihatan.
  • Berkelakuan tidak sopan, mendedahkan maruah dan pakaian.
  • Angan-angan, banyak fikiran merosakkan ingatan.
  • Keresahan dan gelisah.
  • Takutkan gelap, takut lampu padam, takut duduk dalam gelap.
  • Menangis sepanjang masa dan mudah menangis dalam semua hal.
  • Dukacita dan takut mati.
  • Gilakan sesuatu macam nak gila dan hampir-hampir menjadi gila.
  • Rasa buntu dan rasa bodoh, tidak boleh berfikir, pandangan dan pemikiran berubah menjadi berlainan semua perkara kebiasaannya.
  • Khayalan (hallucinations), terpandangkan hantu, khayalan terpandang benda-benda ganjil.
  • Histeria
  • Pesakit yang telah kehilangan harapan untuk sembuh atau telah hilang kepercayaan untuk hidup.
  • Suka merajuk dan selalu penyedih.
  • Perempuan yang selalu dukacita dan gudah gulana.
  • Takut dan payah membuat keputusan.
  • Takut waktu petang dan takut tinggal seorang.
  • Sensitif, cepat marah dan tidak sabar.
  • Suka bertengkar dan cari gaduh.
  • Pendendam, ingin membunuh dan mencari salah.
  • Peminum arak, kuat merokok, menagih memakan ubat dalam bentuk dadah.
  • Hidup berfoya-foya.
  • Tidak terkawal emosi dan perasaan marah melebihi batas.
  • Marah bila ditegur atau bila disalah kesalahannya.
  • Sensitif, ketua yang mudah tersinggung.
  • Ahli fakir yang banyak menggunakan pemikiran yang mendalam seperti ahli penyelidik, ahli sains, pentadbir bank, juru akaun yang dibeban dengan tugas yang tak kehabisan.
  • Mudah terperanjat dan mudah marah, pembenci, garang dan pembengis.
  • Masaalah tidak boleh tidur.
  • Selalu gemuruh (Nervous) dan wanita yang sensitive.
  • Watak mudah berubah, mudah bertukar keputusan atau keputusan tidak menentu.
  • Orang yang begitu moody akibat tekanan perasaan yang berpanjangan, berterusan, sambung menyambung dari satu kejadian, ditimpa lagi ibarat sesudah jatuh ditimpa tangga pula. Kemalangan demi kemalangan, dugaan demi dugaan, tekanan fizikal yang teruk, di imbangi pula dengan tekanan perasaan.
  • Suka bersendirian dan tak mahu diganggu.
  • Merajuk sebab salah diri sendiri.
  • Fikiran mengelamun berfikir hal yang tidak menentu akibat salah sendiri, akibat mudah tersinggung.
  • Watak yang payah di fahami, sulit di dekati.
  • Watak yang begitu peramah, baik hati waktu sihat tetapi mudah sangat tersinggung walaupun perkara yang begitu kecil.
  • Kanak-kanak tidak boleh ditegur, walaupun teguran sebagai pengajaran.Bila ditegur dia mula membuat hal, mula menunjukkan belangnya, merajuk, mengamuk, membaling botol susu, membaling bantal, membuang apa saja yang berada di tangan hingga tidak terkawal.
  • Pasangan suami isteri menjadi SAKIT akibat penyesalan kata-kata, penyesalan suami, isteri merana, sakit.
  • Sakit akibat berita buruk, menyedihkan, menyinggung perasaan, akibat sindiran, kekasaran anak cucu, datuk dan nenek.
  • Remuk hati tidak mahu makan dan minum, terus sakit berpanjangan.
  • Emosi, cemburu, putus cinta, susah hati akibat putus cinta.
  • Gagal dalam hidup, gagal dalam peperiksaan dan gagal dalam perniagaan. Terkejut akibat kegagalan.
  • Rosak mental dan jiwa. Bercakap berterusan melompat dari satu topic ke topic yang lain. Menukar-nukar cerita. Percakapan sambung menyambung, berbelit-belit macam ular.
  • Gila sembahyang, gila berdoa, berlagak warak, bertukar cara pakaian macam tokoh agama yang warak.
  • Cemburu dan prasangka tanpa sebab dan alasan.
  • Mimpikan ular, mimpikan dirinya mati, mimpikan dirinya mati dan dibawa dalam keranda ke kubur.
  • Kepala dan pemikiran: selalunya gila seks. Ingin seks berlebihan.
  • Perasaan jemu hidup. Hendak mati dan hati kecil sentiasa hendak bunuh diri.
  • Hidup dirasakan sebagai beban berat kepadanya.
  • Fikiran dan emosi sebab putus cinta, gagal cinta, dukacita dan merana perasaan. Merasakan masa depannya gelap dan tak ada tempatnya lagi di dunia.
  • Merasa diri berdosa.. Dosanya tak akan di ampun tuhan. Merasakan telah banyak membuat dosa. Merasakan dirinya disingkirkan masyarakat. Rasa rendah diri.
  • Mudah rasa tak puashati. Membuat pertanyaan bertubi-tubi. Soal yang tak putus-putus tanpa menunggu jawapan.
  • Watak berlaku sombong, membesar diri. Merasa dirinya besar.Memandang orang lain lebih rendah darinya.
  • Ilusi penciuman, terbau-baukan benda yang tidak wujud.
  • Ilusikan terasakan dirinya berdua atau ilusikan ada orang lain mengekorinya.
  • Kanak-kanak yang lembab belajar, penangkapan dan daya kefahamannya lemah.Kelemahan otaknya tak boleh berfikir, tak boleh menerima pelajaran, tak boleh faham dan tak dapat memberikan perhatian dalam satu-satu mata pelajaran.
  • Merasakan ada benda hidup dan lembaga lain dalam diri.
  • Imiginasikan roh dan jasadnya berpisah dan imiginasikan ada orang duduk disebelahnya.
  • Ingatan lemah. Menulis selalu salah ejaan dan payah dapat memusatkan fikiran.
  • Hilang ingatan, tak dapat mengingat nama buku, nama orang, kawan-kawan, nama tempat. Tak boleh ingat angka dan pengiraan. Payah mengira dan membuat kira-kira.

Dan banyak lagi simptom-simptom penyakit yang melibatkan dengan minda, jiwa dan kerohanian yang dikenali sebagai MIND SYMPTOM boleh dirawat dengan kaedah Homeopathy.

Sejak zaman Greek kuno, Hippocrate iaitu bapa Perubatan Moden, prinsip Homeopathy telah digunakan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755 – 1843) warga Jerman meneruskan idea dan falsafah Hippocrate sehingga beliau mencetuskan falsafah perubatan Homeopathy, iaitu SIMILIA SIMILIBUS CURRENTUR. Keluarga Diraja England misalnya mengamalkan seni perubatan ini sejak zaman Permaisuri Victorialagi.

Adalah diakui sistem Perubatan Homeopathy satu-satunya sistem perubatan yang telah mendapat tempat dari dahulu sehingga sekarang. Keadaan begini terjadi disebabkan oleh undang-undang yang ada menyangkal lain-lain sistem perubatan selain daripada sistem perubatan secara Allopathy.

(Undang-undang ini tertakluk dalam senarai undang-undang (Pharmacy medicines ACT1941) di mana seseorang itu tidak boleh membuat pengakuan samaada melalui lisan atau tulisan terutama penyakit buah pinggang (Bright’s diseas), bular mata (Cataract), kencing manis (Diabetes), gila babi (Epilepsy), mata bular hijau (Glucoma), penyakit uratsaraf (Locomotor Ataxia), lumpuh (Paralysis) atau batuk kering (Tuberculosis). Oleh itu seseorang itu tidak boleh mengadakan rawatan tertentu dalam merawat penyakit-penyakit ini).

Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa. Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa. Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan. Disebabkan bahan untuk membuat ubat Homeopathy adalah berasaskan herba, ubat Homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan kepada pesakitnya.

Perubatan Homeopathy lebih mementingkan diri pesakit dari jenis penyakit itu sendiri. Paling utama adalah jiwa pesakit itu sendiri iaitu Kuasa Hayat (Vital Force). Waktu sihat ‘Kuasa Hayat’ dapat memerintah perjalanan tubuh dengan baik. Sebaliknya apabila sebarang gangguan berlaku terhadap ‘Kuasa Hayat’ seseorang, ini akan merosakkan keharmonian fungsi-fungsi organ-organ tubuh dan menonjolkan pula semboyan-semboyan tertentu pada diri seseorang. Pada peringkat awal ketidak berfungsinya organ tubuh berlaku kemudian baru ketara datang perubahan di tubuh kasar. Gangguan di ‘Kuasa Hayat’ ini berlaku biasanya disebabkan oleh tekanan bekerja berat atau kuat, terperanjat atau hasil dari penyakit keturunan yang timbul melalui susunan tubuh. Oleh itu dalam merawat seseorang pesakit, jiwa dan semangatnya menjadi perhatian utama mesti dirawat dengan menggunakan kaedah seraksi (ubat serupa dengan penyakit) kerana secara tepat tidak terdapat kesamaan diantara seseorang dengan seseorang yang lain.

Kita dapat saksikan bahawa tiap-tiap orang dilahirkan dengan bentuk, peribadi, perangai yang tersendiri. Oleh kerana adanya perbezaan tertentu antara seseorang dengan yang lain, menjadikan perlu pula pendekatan-pendekatan yang berbeza untuk merawat setiap pesakit. Ini bererti tidaklah sama cara merawat dua orang yang mengidap sakit yang sama, lebih-lebih lagi jika sakitnya pula berbeza.

Perubatan Homeopathy terus maju di Jerman pada tahun 1807 dan berkembang luas hingga ke Austria (1835), Hungary (1817), Bohemia (1817), South Amerika (1818), Denmark (1821), Italy (1821), USA (1823), Great Britain (1823), Sweden (1826), China (1826), Spain (1827), Peranchis (1829), Jepun (1830), India (1835), Afrika (1838), Ceylon (1838), Cuba (1842), Canada (1850), Australia (1850), Belgium (1851), Jamaica (1870), Mexico (1883), Rusia (1823). Masyarakat di Malaysia  dan Singapura mula mengenali Homeopathy sejak tahun 1938 yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Burhanuddin Helmy.

Oleh kerana Perubatan Homeopathy telah bertapak lebih 250 tahun yang lalu berlandaskan falsafah yang kukuh dan terbukti, hari ini Perubatan Homeopathy terus berkembang keseluruh dunia……

ROYAL LONDON HOMEOPATHY HOSPITAL

ROYAL LONDON HOMEOPATHIC HOSPITAL

Di dalam Homeopathy, mereka tidak merawat penyakit, tetapi pesakitnya. Konsep sakit dalam Homeopathy adalah kerana kuasa hayat seseorang itu telah terganggu. Akibat gangguan itu, maka akan zahir pelbagai simptom sama ada mental, emosi ataupun tubuh fizikal.Sakit perut seseorang itu dianggap hanya sebagai satu simptom. Justeru, proses pengambilan kes bukan sahaja akan melihat masalah sakit perut pesakit tersebut, tetapi juga apa-apa gangguan yang berkaitan dengan mental, emosi, modaliti dan keseluruhan pesakit.

Berasaskan penerangan ringkas ini kita sudah dapat membezakan mana satu sistem yang dikatakan mengamalkan rawatan holistik. Rawatan holistik memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakitnya.Terdapat beberapa kelebihan apabila rawatan dilakukan dengan cara ini.

Pertama, pesakit akan merasa ia dilayan sebagai insan dan bukan sebagai manusia berpenyakit atau pembawa penyakit.

Kedua, masalah lain yang mungkin tersembunyi daripada pengetahuan pengamalnya akan turut sembuh sekiranya penawar yang diberikan itu memenuhi syarat “similimum” simptom penawar pesakit.

Ketiga, kes-kes yang tidak dapat didiagnos secara klinikal juga memungkinkan rawatan diberi.

Homeopathy menyembuhkan penyakit, mengembalikan dan memulihkan sakit seseorang itu kepada kesihatan dengan cepat. Kematian dengan memakai penawar-penawar Homeopathy itu sangat kurang bila dibandingkan dengan cara perubatan yang lain. Hal ini nyata dan dibuktikan oleh jadual perangkaan yang didapati di dispensary, klinik, dan hospital-hospital khas Homeopathy di Eropah dan Amerika dibandingkan dengan cara yang lain-lain perubatan.

Pada masa yang akhir ini telah ternyata di Amerika bahawa orang sakit otak dan gila telah bertambah-tambah lebih banyak masuk ke hospital Homeopathy yang diubat oleh doktor Homeopathy. Daftar dan rekod kebenaran ini boleh dilihat di Eropah, Amerika, India dan Pakistan. Oleh kerana kesembuhannya yang pantas dan tetap yang dibuktikan di tempat-tempat perubatan dan hospital Homeopathy, orang ramai telah beransur kurang pergi kepada perubatan otak yang lain daripada perubatan Homeopathy.

Bukti Penyembuhan Dengan Rawatan Homeopathy

Walaupun sistem perubatan Homeopathy terus bertahan lebih 250 tahun, malah semakin berkembang dibeberapa buah negara. Ia pada umumnya dicemuh oleh pengamal perubatan cara ortodoks kerana mereka tidak nampak bagaimana perubatan Homeopathy boleh menyembuhkan penyakit.

Satu penyelidikan oleh seorang saintis di Perancis baru-baru ini bagaimanapun mungkin dapat mengubah pandangan pengamal perubatan cara ortodoks terhadap perubatan homeopathy. Penyelidikan oleh Prof Jacques Benveniste dari Institut Penyelidikan Perubatan Perancis itu bukannya dilakukan bagi pihak Homeopathy  tetapi hasilnya, yang dicontohi oleh saintis lain, mungkin dapat mempengaruhi mereka yang tidak yakin terhadap Homeopathy untuk lebih memandang tinggi sistem perubatan alternatif itu.

Pengarang jurnal sains yang terkemuka Nature menganggap usaha Prof Benveniste itu sebagai penting untuk dimuatkan dalam jurnal itu walaupun ia dilaporkan dengan berhati-hati kerana mereka tidak dapat mencari alasan saintifik tentang hasil penyelidikan itu. Pengarang itu sendiri menyatakan untuk menerima prinsip itu yang nampaknya terletak diperingkat akhir penyelidikan,akan“mengubahkan permerhatian dan rasional fenomena fizikal selama dua abad.” Dengan perkataan lain, peratuaran saintifik sekarang perlu dipinda.

Prof Benveniste menjalankan penyelidikan mengenai manusia dengan membuat ujikaji kesan beberapa antibodi atas sel darah putih manusia.Apabila digerakkan oleh alergen, sel itu akan menghasilkan sejenis bahan kimia dinamakan “histamines” yang menyebabkan rasa tidak selesa secara fizikal kepada  seseorang penghidap rinitis alergik (hay fever) atau asma. Bagi menentukan  banyak mana antibodi yang digunakan dalam penyelidikan itu boleh menyebabkan reksi itu. Prof  Beveniste memulakan proses pencairan yang didapati menghasil keputusan yang yang sangat memuaskan. Beliau mendapati walaupun pencairan yang sedikit ( sepertimana cairan ubat homeopathy)    ia tetap menyebabkan sel darah putih menghasilkan ‘histamines’.

Seseorang yang tahu prinsip Homeopathy tidak akan merasa hairan dengan penemuan ini kerana biasa begini adalah biasa bagi mereka. Pada awal tahun 1800 Dr. Samuel Hahnemann dari Germany telah membuktikan bahawa ubat-ubat yang dihasilkan dari dos-dos yang kecil dan halus itu mampu menyembuhkan penyakit-penyakit yang diderita manusia mengikut apa yang belaiu namakan sebagai undang-undang keserasian atau similar similibus curentur.

Seorang pakar Homeopathy antarabangsa telah membuktikan kejayaan-kejayaan penyembuhan pada ubat-ubat Homeopathy ialah kerana ‘kuasa dinamis’ yang halus yang ada pada ubat-ubatan Homeopathy bertindak lebih berkesan dari mana-mana ubat yang dihasilkan secara pati atau ‘crude form’. Prof Dr Jugal Kishore, seorang doktor peribadi kepada Presiden India, telah menyatakan bahawa ubat-ubat Homeopathy yang dilarutkan pada kadar 1: 99 bahagian air sulin dapat mengerakkan tenaga hayat manusia untuk memberi penyembuhan.

Pada tahun 1980 pembuktian tindak balas ubat Homeopathy dengan dos yang kecil merangsang dayatahan pesakit kearah penyembuhan telah dibuktikan pula oleh Dr Mary Blackie, seorang doktor peribadi kepada Ratu England Queen Elizabeth, dimana beliau menyatakan pembuktian unggul Homeopathy adalah ‘pemyembuhan’ yang dapat diceritakan sendiri oleh pesakit-pesakit kepada anda.

Dr Geoge Vithoulkas dari Amerika Syarikat pula telah membuktikan secara saintifik bahawa kuasa penyembuh ubat-ubat Homeopathy terletak kepada keunikan yang ada pada ubat-ubat Homeopathy yang dihasilkan mengikut teori atom dimana semakin halus sesuatu sifat ubat itu, semakin bertenaga satu-satu ubat itu digunakan terhadap manusia.

Antara Senarai Orang-Orang Ternama Menggunakan Ubat-Ubat Homeopathy

King George, Queen Victoria, Ratu England, Queen Elizabeth 11,  Prince Charles , Mahathma Gandhi, Tina Turner, Sir Yehudi Menuhin, Dizzy Gillespie, Elizabeth Taylor, Count Badetzky,  Bismark, Presiden Ayub Khan, Barbara Cartland,  Mark Twin, Susan Hampshire, Princess Diana, Robbie William dan ramai lagi…

Penyakit & Homeopathy

Apabila manusia dilahirkan ke dunia ini ia akan berhadapan dengan dua kemungkinan, iaitu hidup atau mati. Jika mati habislah perkaranya di dunia ini. Tetapi jika hidup ia akan menemui sihat atau sakit, suatu keadaan yang selalu silih berganti.

Setiap kanak-kanak apabila dilahirkan ke dunia akan beriringan dengan tangis dan ibunya pula mengalami sakit beranak. Bila manusia tersalah makan, terlampau kena sejuk atau panas atau sesuatu keadaan yang melanggar peraturan alam, maka ia akan berasa tidak sedap badan, ngilu, pening dan sakit. Maka dari semenjak itulah manusia sudah mengenal sakit atau idapan. Bila selesa, berasa gembira tetapi bila sakit merasa pengazaban sengsara.

Apakah Sebenarnya Penyakit?

Definasinya begitu meluas dan sukar untuk disamakan dari satu individu ke individu yang lain kerana sakit yang sedikit sahaja akan dirasakan begitu menyakitkan bagi satu individu dan ada juga sakit yang begitu menyakitkan tidak dirasai langsung oleh individu itu!

Sememangnya benar….Penyakit adalah suatu persepsi, illusi yang bagaikan mimpi! Ia hanya akan menjadi lebih teruk lagi bagi mereka yang mempercayai penyakit itu sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku! Tersangat payah untuk dijelaskan maknanya tetapi memadailah iaitu kita jangan terlalu mengikut kata hati (akan penyakit itu) penyakit yang sedang dideritai!

Makna Penyakit

Makna penyakit didalam ilmu perubatan moden bermaksud sebarang perubahan terhadap keadaan kesihatan seseorang dimana sebahagian atau seluruh tubuh tidak dapat berfungsi seperti biasa. Dalam suasana tersebut pesakit akanmengalami simptom-simptom tertentu, yang mana dari segi istilah ia merujuk kepada sebarang perubahan subjektif didalam fungsi-fungsi tubuh yang tidak tampak kepada doktor seperti rasa sakit dan loya. Pesakit itu juga dikatakan akan menunjukkan tanda-tanda yakni perubahan positif yang boleh dianalisa dan diukur.

Dalam amalan perubatan juga, diagnosis dianggap sebagai satu seni yang membezakan antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Atau suatu seni dalam menentukan keadaan semulajadi penyakit. Biasanya hal ini dapat dilakukan setelah sejarah perubatan pesakit dan pemeriksaan fizikal dibuat. Seandainya keputusan tidak dapat disahkan, penyiasatan lanjut akan dibuat bagi membantu mengesahkannya.

Pada zaman kebendaan atau material ini orang sakit mengunjungi seseorang lepas seseorang doktor, dari seorang pakar atau specialist kepada seorang specialist yang lain pula. Masing-masing telah menjalankan pemeriksaan dengan cermat ke atas pesakit dan telah banyak kedapatan ahli-ahli perubatan yang telah memeriksa itu berpendapat bahawa tiada didapati apa-apa penyakit padanya. Dalam masalah seperti ini tiada jelas kepada pesakit bahawa ia sebenarnya sedang sakit kerana para specialist telah menjelaskan tiada kedapatan apa-apa tanda penyakit mengikut kadar ilmunya, pada hal pesakit itu tidak dapat menafikan bahawa ia setiap masa dan hari merasakan sakitnya itu.

Dalam perkara seperti ini dapat memberikan ubat dengan jayanya, kerana doktor-doktor Homeopathy itu tahu bahawa yang sakit itu ialah diri orang itu, sebelum tubuh organ kasar itu menerima perubahan dan sebelum doktor dan ahli perubatan yang berpegang kepada ilmu pathology, etiology, histology dapat mengenal dan memberi nama-nama penyakit kepada orang yang datang meminta ubat itu. Orang yang sakit seperti disebutkan di atas, banyak kita dapati di zaman kebendaan atau zaman kemajuan material ini. Jikalau penyakit berada pada organ tubuh atau urat saraf  barulah dikatakan penyakit.

Sistem perubatan Homeopathy berlandaskan hukum alam semulajadi. Kaedah penyembuhan penyakit adalah dengan memberi penawar kepada pesakit bagi menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit itu sendiri.

Mengenali Ubat Homeopathy

Perubatan Homeopathy adalah berlainan benar dengan cara perubatan yang lain. Tujuannya adalah untuk memberikan kesembuhan yang sebenar-benarnya. Mengikis dan menghilangkan penyakit itu dengan sempurna. Homeopathy ialah diasaskan di atas undang-undang tabi’i atau natural law yang telah ditetapkan oleh Tuhan yang tidak akan bertukar dan berubah-ubah.

Ubat atau penawar Homeopathy itu bekerja segera atau memberikan kesembuhan disebabkan kuasa penyembuhan itu bergantung kepada kuat atau lemahnya kuasa hayat seseorang itu. Ramai yang tidak faham bagaimana rawatan Homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkan jiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih, mengubah watak yang baran, merawat anak-anak yang bebal dan sebagainya. Sebenarnya setiap penawar Homeopathy ada profile emosi dan psikologinya tersendiri dan mampu mengubah watak dan perangai yang bermasaalah.

Bagaimana Ubat Homeopathy Bertindak?

Masyarakat hari ini sentiasa menganggap bahawa sesuatu yang pahit itu biasanya ubat. Tetapi hakikatnya, tidak semua ubat itu pahit. Dalam perubatan Homeopathy, ubat-ubat yang lumrahnya disebut penawar kebanyakannya rasa manis.Kalau diperhatikan betul-betul, kita dapati hampir 99 % ubat Homeopathy terdiri dari ubat-ubat yang manis dan mesti dimakan secara hisap, kemam, kunyah atau digigit.

Tentang penawar yang manis ini, dinyatakan dalam al-Quran, maksudnya: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat-ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir….” (an-Nahl, 69)

Setelah satu-satu ubat atau remedy di makan oleh pesakit, sudah pasti ubat-ubat itu akan bertindak bekerja di dalam badan orang yang memakannya. Sepertimana satu benih yang ditaburkan ke tempat yang sesuai, ia akan tumbuh dengan baiknya. Begitu juga jika seseorang memakan satu-satu ubat, ubat itu sudah pasti akan bertindak memberi tenaga penyembuhan kepada VITAL FORCE atau KUASA HAYAT.

Setiap satu ubat Homeopathy mengandungi tidak lebih dari 0.0000000000000001mg kandungan bahan aktif ubat atau lebih dikenali sebagai 10_60. Walaupun teori ini dipertikaikan oleh ahli perubatan biasa ( allopathy ) yang menyatakan bahawa ukuran ubat Homeopathy dibawah ukuran Avacado dan tidak mempunyai nilai perubatan , namun doktor-doktor Homeopathy telah membuktikan bahawa kaedah ukuran ubat dalam Homeopathy memang tepat dan sesuai digunakan pada vitaliti manusia yang halus dan berseni, dan berupaya pula menyembuhkan berjuta-juta manusia sejak lebih dari 250 tahun yang silam.

Kenapakah Ubat Homeopathy Tidak Boleh Ditelan ?

Sebabnya amat mudah, ubat-ubat Homeopathy adalah selembut sutera dan kandungan bahan aktif pada ubat-ubat Homeopathy terlampau halus, sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja. Setiap bahan ubat mengandungi 0.0000000001mg atau 10-60.

Mengikut teori Homeopathy bahan aktif yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak kesan sampingan, tetapi ubat yang sama jika diadunkan mengikut kaedah Homeopathy, dimana bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air sulin dalam nisbah 1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air sulin ( 1: 99 ) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk menjadikannya 1 centicemal potensi.

Sebab terlampau halus bahan ubat pada Homeopathy, makan ubat-ubat Homeopathy, tidak boleh ditelan atau dimakan bersama dengan teh atau kopi kerana dikhuatiti ubat Homeopathy akan menjadi tawar atau anti-dotal. Oleh itu setiap ubat Homeopathy dikehendaki makan secara oral iaitu secara hisap, kemam, gigit atau kunyah supaya ubat-ubat tersebut dapat diserap melalui saraf-saraf dibawah lidah pesakit. Dengan itu kesan ubat Homeopathy akan lebih cepat untuk mencapai penyembuhan.

Benarkah Ubat Homeopathy Lambat Bertindak?

Tidak benar ! Sebenarnya ubat Homeopati cepat bertindak atas sesseorang pesakit, jika ubat yang diberikan itu sesuai dan serasi dengan pesakit.

Contohnya jika pesakit datang dengan aduan penyakit akiut seperti muntah-muntah atau cirit-birit, sakit mata, sakit perut, jika diberi ubat-ubat Homeopati yang serasi, pesakit akan merasa lega dalam tempuh beberapa minit sahaja.

Yang menjadi masalah, ialah penyakit kronik, dimana pesakit mengalami masalah penyakit yang sudah lama, sampai ada yang mengalaminya sejak 5 tahun, 10 tahun dan 15 tahun. Mereka dah berubat dimerata tempat dan berjumpa dengan banyak specialist tetapi tidak juga baik. Mereka datang kepada Homeopathy dan mencuba ubat-ubat Homeopathy, tetapi bila dimakan dalam 2 hingga 3 minggu, mereka sudah menyatakan tidak ada apa-apa penyembuhan. Masa kan penyembuhan begitu pantas ? Sedang penyakit sudah dialami sejak 10 tahun.

Biasanya doktor Homeopathy hanya meminta sabar dan meneruskan makan ubat-ubatan Homeopathy selama 6 bulan atau 1 tahun, barulah ada penyembuhan. Tetapi mereka kata tempuh begitu sangat lama. Tetapi jika dibandingkan dengan penderitaan dengan penyembuhan dalam rawatan Homeopathy ternyata – rawatan Homeopathy memang cepat bertindak, nisbah masa kesakitan dan masa berubat. Ini membuktikan bahawa rawatan Homeopathy jauh lebih baik dan cepat berhasil dari rawatan lain. Kalau dipakai ratio, nisbahnya  1 : 11. Begitu juga penyakit gastrik, pepptik ulser dan sebagainya.

Sejarah Pengasas Perubatan Homeopathy

Dr.Samuel Hahnemann  ( 1755 – 1843)

Nama penuh pengasas perubatan Homeopathy ialah Cristian Hedrich Samuel Hahnemann, diperanakkan di Missen Saxony, Germany pada 10 April, 1755 dan meninggal di Paris pada 2 Julai 1843. Hahnemann mempunyai peribadi yang luar biasa, tinggi pengetahuan dan luas pengalamannya. Masa berumur 22 tahun ia telah mahir dalam bahasa Greek, Latin, Inggeris, Hebrew, Seriani, Arab, Danish dan German, iaitu bahasa ibundanya.

Khabarnya bila ia hendak mengetahui satu-satu bahasa itu ia terus sahaja mempelajarinya dengan teratur dan bersungguh-sungguh, lalu ia mendapatinya. Ia adalah seorang doktor yang mahsyur pada zamannya, serta pula lurus dan jujur hingga ada orang yang berubat dengannya diberinya nasihat-nasihat sahaja tanpa dikenakan bayaran. Kerana tinggi ilmunya di dalam perubatan pada zaman itu, serta pula kejujuran hatinya, maka ia mendapati bahawa ubat-ubat yang dipakai pada zaman itu tidak sesuai dan kadang-kadang sangat mengecewakan perasaannya yang dipandangnya bukan untuk menyembuh, malahan ubat-ubat itu mungkin menambahkan penyakit dan bahaya pula. Ia akhirnya berhenti sendiri daripada menjadi doktor perubatan.

Beliau bersedia menerima sebarang yang berupa kesarjanaan atau keilmuan sains asal saja dapat dibuktikan kebenaran. Cita-citanya kepada kesarjanaan perubatan sangat kuat, tetapi cintanya kepada kebenaran adalah melebihi. Ia adalah seorang yang dipandang tinggi oleh rakan-rakan ahli perubatannya yang mengenalinya sebagai seorang doktor yang mahir. Dalam sesetengah siaran yang dibuat oleh rakannya mengatakan bahawa Hahnemann berhenti menjadi ahli perubatan kerana telah jemu dan bosan dengan aturan dan cara-cara perubatan zaman itu. Ia meninggalkan kerja perubatannya itu  kerana hendak mencari suatu cara perubatan yang lebih sesuai dan baik. Oleh kerana sikapnya yang demikian itulah, maka ia telah menderita kesusahan rumahtangga.

Ia telah berjaya membuat penyiasatan dalam ilmu kimia (Chemistry) dan  terjemahannya banyak berkenaan ilmu kesarjanaan. Dari hasil menterjemah buku-buku daripada bahasa Perancis, Inggeris dan Itali itulah menjadi mata pencariannya. Dalam pada itu tidaklah putus-putusnya ia melangsungkan penyiasatannya dalam bidang kimia itu. Pada tahun 1790, masa ia menterjemahkan kitab Materia Medica Cullen dalam volume kedua, kira-kira 20 muka, satu majalah berkenaan dengan kulit peruvian iaitu kulit yang didapati di dalamnya terdapat ubat kuinin (Quinin) yang di bawa dari negara Peru, America Latin, disinilah fikiran dan perhatiannya dapat menangkap perihal undang-undang seraksi atau similimum itu. Ia terperanjat besar dapat menyaksikan bagaimana serupa dan seraksinya di antara semboyan yang dibuat oleh kuinin dengan demam kura (malaria) dan dapat menyembuhkannya.

Terserempak dengan hal ini dirasakan betul-betul diberi satu ilham bahawa undang-undang seraksi itu sama dengan undang-undang alam yang tetap dan dapat dipakai seperti undang-undang tabi’i lain juga. Lalu ia pun mula mencuba bagi menyiasat kerja-kerja dan khasiat-khsiat sesuatu ubat itu (proving) kepada dirinya dahulu, kemudian kepada rakan-rakannya dan pengikut-pengikutnya yang sasa dan sihat. Ia merekod dan mengumpulkan semua semboyan-semboyan yang betul didapati daripada cubaan-cubaan itu. Kemudian dicubakannya pula kepada orang-orang yang betul-betul sakit dengan memilihkan penawar yang serupa atau seraksi dengan semboyan pesakit tadi.

Setelah enam tahun lamanya Hahnemann meneruskan penyiasatannya sehingga ia yakin betul dengan kejayaannya, barulah diistiharkan pendapatnya itu kepada umum. Sebenarnya bukanlah selama ini ia mencuba-cuba lagi, tetapi ia telah memberikan penawar yang betul berdasarkan kepada kebenaran dan penyiasatan yang benar-benar saintifik.

Pengistiharan yang dibuatnya pada tahun 1796 itu di dalam sebuah jurnal perubatan yang terkenal semasanya, iaitu Hufeland’s Journal, telah mengkocakkan suasana alam perubatan ketika itu yang membawa sahabat-sahabat setia dan juga musuh-musuh. Dalam tahun 1805 beliau mencetak buku Materia Medica Homeopathy yang pertama di dalam bahasa Latin yang mengandungi 27 cubaan(provings) penawar Homeopathy, dan sekitar tahun 1810 beliau mengeluarkan buku agungnya ‘Organon’ yang mengandungi ayat demi ayat yang lengkap tentang teori.

Homeopathy dan pendedahan tentang keburukkan cara perubatan yang berleluasa di zamannya. Segala pencapaiannya itu telah membawanya kepada terlantiknya beliau sebagai ketua pengajian Homeopathy di Universiti Leipzic dari tahun 1812 hingga 1821. Tetapi musuh-musuhnya tidak berhenti berusaha sehingga ia terkeluar dari Leipzic pada tahun 1821 ke sebuah pekan yang sederhana bernama Kothen. Rupa-rupanya tuah menunggunya di sana kerana selama 14 tahun yang berikut beliau telah menunjukkan keahlian sehingga mendapat pengakuan rakyat dan raja. Beliau dijadikan doktor diraja di samping mermbuat praktis umum untuk masyarakat. Kemudian pada tahun 1828 beliau mencetak bukunya yang terkenal bernama Chronic Miasm.

Kehidupan Hahnemann selepas itu adalah biasa sahaja. Beliau meninggal dunia pada 2 Julai 1843 dalam usia 88 tahun. Beliau adalah seorang monotheist (percaya pada satu tuhan sahaja). Hahnemann telah meninggal tetapi usahanya masih hidup memberikan khidmatnya kepada kemanusiaan. Kini Homeopathy telah wujud di Germany, Perancis, Australia, Rusia, Itali, England, Amerika, Brazil, India, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia dan lain-lain bahagian dunia yang tidak kita ketahui.

Hanya  kira-kira  tiga bulan sebelum  beliau  menyambut hari jadinya yang ke 80, Dr. Hahnemann telah dipilih  sebagai “Honorary  Member of the North American Academy of  Homoeopathy” berpusat di Allentown, Pennsylvania.  Ia merupakan kolej Homoeopathy  yang pertama didirikan di Amerika Syarikat  oleh Dr. Constantine Hering, iaitu salah seorang daripada sahabatnya yang sama-sama berjuang menegakkan sistem perubatan Homeopathy.

Kejayaan  rawatan beliau yang ditambah  dengan  dorongan dan  promosi  daripada isterinya sendiri menyebabkan  amalan Homeopathy nya  terkenal sekali sampai ke England,  Peranchis, Eropah dan ke seluruh dunia.  Sementara penentangan  daripada kalangan  doktor allopati menurun dengan mendadak  pada  awal 1840an.   Beliau meninggal dunia pada 2 Julai 1843 dalam usia 88 tahun. Beliau adalah seorang monotheist (percaya pada satu tuhan sahaja). Hahnemann telah meninggal tetapi usahanya masih hidup memberikan khidmatnya kepada kemanusiaan. Beliau pergi setelah  bergelut dengan pelbagai tragedi dalam memperjuangkan  perubahan  dan mengembangkan sistem perubatan homeopathy.

Kini Homeopathy telah wujud di Germany, Perancis, Australia, Rusia, Itali, England, Amerika, Brazil, India, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia dan lain-lain bahagian dunia yang tidak kita ketahui.

Sejarah Pengasas Perubatan Homeopathy Di Malaysia

Prof. Dr.  Burhanuddin al-Helmy  (1911-1969)

DR BURHANUDIN HELMI

Di Malaysia, sistem perubatan Homeopathy diasaskan  oleh seorang tokoh yang amat besar jasanya kepada tanah air iaitu  Prof. Dr.  Burhanuddin al-Helmy (1911-1969).  Seorang yang  gigih dan bergiat cergas dalam  organisasi politik dan  agama,  salah  seorang pengasas  Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan  pernah menjawat jawatan presiden Partai Islam Se Malaysia (PAS). Homeopathy  dibawa  masuk  dan  diperkenalkan  ke  tanah Melayu  oleh Dr. Burhanuddin apabila beliau pulang ke  Malaya pada tahun 1929.  Beliau merupakan graduan daripada Ismaeliah Medical College, New Delhi.

Prof. Dr. Burhanuddin Bin Mohamad Noor ( M.D.H. Phd ) atau lebih dikenali sebagai Dr. Burhanuddin Helmi merupakan tokoh ulung yang dianggap sebagai pengasas Perubatan Homeopathy. Di lahirkan pada 29 Ogos 1911, di Kampung Changkat Tualang, Kota Bharu, Perak. Berasal dari keturunan bangsawan iaitu bapanya dari Jambu, Sumatera dan dikatakan seorang ahli sufi. Manakala ibunya, Syarifah Zahrah berasal dari keluarga ternama. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Behrang, Ulu Perak dan berpindah ke Sekolah Melayu Sungai Bakap sehingga darjah 3.

Ketika ini beliau telah berjinak dengan dunia penulisan. Pada 1924 beliau telah di hantar oleh keluarganya ke Sungai Jambu Sumatera untuk mendalami ilmu agama selama 2 tahun. Pada 1927 beliau menyambung pengajian di sebuah pondok di Jitra , Kedah dan seterusnya di Madrasah Al-Mashor Al-Islamiyyah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Dengan ketekunannya beliau dapat menguasai bahasa arab dengan baik.

Pada tahun 1928 beliau melanjutkan pelajaran ke Ismaeliah Medical Collage, New Delhi dalam bidang perubatan Homeopathy dan berjaya memperolehi ijazah. Di sini beliau dapat menguasai bahasa Inggeris, Jerman, Belanda dan Perancis. Setelah pulang ke tanah air, beliau mengembangkan ilmu perubatan Homeopathy di kalangan orang Melayu yang berminat, di merata-rata tempat termasuk di Singapura, Kuala Lumpur dan Taiping.

Ramai diantara penuntutnya menjadi sahabat karibnya dan ada diantara mereka ini yang masih lagi meneruskan usahanya dengan mengadakan kuliah-kuliah mengajar Homeopathy seperti Prof. Dr. Haji Mohamed Bin Yacob, Allahyarham Prof. Dr. Dali Muin, Allahyarham Prof. Dr. Muhammad Nor dan Dr. Abdul Rahman Bin Hashim. Hasil usaha Dr. Burhanuddin dan rakan-rakannya, Homeopathy menjadi semakin berkembang di mana klinik-klinik Homeopathy mulai tumbuh di seluruh tanah air. Namun demikian perkembangannya berlaku secara senyap sahaja.

Kedudukkan Homeopathy hanya mula di kenali pada awal tahun 80-an di mana ia mendapat sambutan masyarakat dari segenap golongan. Ceramah-ceramah Homeopathy dapat disampaikan di sekolah, kolej, institute pengajian tinggi dan di agensi-agensi kerajaan. Begitu juga Homeopathy mendapat tempat di media cetak dan media elektronik. Pada tahun 1960 telah tertubuhnya sebuah persatuan Homeopathy yang pertama di Malaysia yang di kenali sebagai Persatuan Homeopathy Malaya, bagi memikirkan nasib, matlamat serta menggariskan perjuangan untuk dekad-dekad akan datang.

Persatuan ini didaftarkan secara rasminya pada tahun1961 di mana Prof. Dr. Burhanuddin menjadi presiden pertamanya. Banyak jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh Dr. Burhanuddin di antaranya menyuarakan isu-isu Homeopathy di parlimen semasa beliau menjadi ahli parlimen bagi tahun 1959 – 1964. Suaranya yang lantang menyebabkan aktiviti mengembangkan Homeopathy berkembang ke seluruh negara.

Pada 25 Oktober 1969, Dr. Burhanuddin telah pulang ke rahmatullah setelah berjaya menaburkan banyak jasa-jasa kepada masyarakat, orang melayu, Islam, politik tanahair dan merupakan pelopor kepada ilmu dan perkembangan Homeopathy di Malaysia. Tempat beliau di ambil alih oleh Prof. Dr. Mohd Nor Nordin di mana pergerakkan itu semakin bertambah aktif dan bertambah banyak bilangan peminat dan penyokongnya. Persatuan ini di ubah namanya kepada Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia            ( PPHM ).

KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN YANG MENGANDUNGI DADAH DAN BAHAN KIMIA

Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat – ubatan untuk merawat berbagai – bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit – penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai – bagai jenis antibiotik penyakit – penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru – paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat – ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman – kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor. Sekarang jenis ubat – ubatan hampir tidak boleh dikira banyaknya.

Pesakit – pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat – ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat – ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat – ubatan yang jarang – jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat – ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Seorang doktor yang merawat pesakitnya sudah tentulah terpaksa menimbangkan apa yang dipanggilrisk benefit ratio untuk mengunakan sesuatu jenis ubat – ubatan itu. Dia terpaksalah mencari ubat – ubatan yang paling rendah risiko kesan sampingan yang tidak diingini dan sebaliknya memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit itu.

Kesan sampingan sesuatu ubat – ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai – bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus , penyakit alahan dan sebagainya.

Hampir semua ubat – ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda – tandanya hampir sama seperti penyakit – penyakit seperti jangkitan – jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat – ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat – saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan.

Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan – kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ – organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati – hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketepikan.

UBAT

 

Panadol , Antihistamine & Antibiotik
Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam selesema dirawat dengan ubat sepertipanadol , antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat – ubatan itu timbul lah merah – merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat – ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab.Kadangkala ibu memikirkan yang anaknya telah menghidap penyakit campak walhal bintik merah – merah di tubuh badan anaknya itu kebetulan adalah disebabkan oleh ubat – ubatan yang digunakan. Satu jenis antibiotik yang biasa digunakan bagi rawatan orang dewasa yang menghidap jangkitan bakteria ialah ‘ tetracycline ‘. Ubat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak – kanak kerana boleh membawa kepada kekuningan gigi yang tidak boleh hilang. Sewajarnyalah ubat ini tidak boleh digunakan untuk kanak – kanak.
Aspirin
Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat gastritis sehingga boleh membawa kepada pendarahan  di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin.Setiap kali dia memakan ubat itu akan timbul kegatalan pada kulitnya. Kanak – kanak yang lelah boleh timbul lelahnya apabila dia diberi aspirin ; para doktor tidak gemar memberi aspirin untuk merawat kanak – kanak kecil yang demam kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa pengunaan aspirin ada kaitan dengan kejadian Sindrom Reye’s yang melibatkan hati (liver) dan urat saraf kanak – kanak ini dan membawa kepada kegagalan sistem hati (liver failure) serta gangguan fungsi urat saraf. Aspirin juga digunakan untuk merawat penyakit seperti Rheumatoid Arthritis. Jika ubat ini dimakan dengan terlalu lebih boleh membawa kepada keadaan bingit di telinga (tinnitus) , perasaan huyang – hayang (vertigo) dan muntah – muntah.
Ventolin
Seseorang kanak – kanak yang menghidap lelah banyak mendapati yang keadaannya boleh dikurangkan dengan memakan ventolin. Tetapi adakalanya ubat ini boleh menyebabkan kanak – kanak itu ketar tangannya dan ini mungkin mengeluh jantungnya berdebar – debar.
Neulin
Ubat – ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai -bagai gejala seperti ketar , perasaan huyung – hayang , sakit kepala dan sakit perut. seorang pesakit yang biasa saya rawat telah menelefon saya mengatakan yang anaknya tidak lagi lelah selepas memakan ubat ini tetapi mengeluh sakit perut. Apabila dia menghentikan memakan ubat Neulin sakit perutnya lega.
Bahan Besi ( Iron Tablets )
Ubat yang mengandungi bahan besi (iron tablets ) boleh menyebabkan sakit perut , membuatkan najis bewarna hitam. Ferrous sulphate biasa menyebabkan keadaan ini dan didapati Ferrous Fumarate lebih sesuai bagi kita kebanyakan mereka yang memerlukan bahan besi sebagai bahan rawatan anaemia.
Anti-Convulsant
Ada terdapat kanak – kanak yang menghidap penyakit sawan dengan kerapnya semasa diberi ubat disebut anti-convulsant. Terdapat pula berbagai – bagai jenis anti – convulsant seperti phenobarbitone , epilim ( sodium valproate ) , tegretol ( carbamazepine ) , mogadon ( nitrazepan ) dan sebagainya. Semua ubat – ubatan ini boleh memberi kesan sampingan dan pesakit – pesakit perlulah diawasi oleh doktor – doktor semasa mereka menerima rawatan ini .Kalau timbul kesan – kesan sampingan perlulah dilaporkan supaya dapat dinilai sama ada gejala – gejala itu disebabkan oleh ubat – ubatan yang berkenaan ; jika difikirkan ada perkaitan di antara gejala – gejala itu dengan ubat – ubatan yang telah diberi ubat – ubatan yang lain yang lebih sesuai boleh disarankan.
Phenobarbitone
Umpamanya seseorang kanak – kanak yang diberi ubat phenobarbitone kerana sawan boleh didapati selalu mengantuk dan mungkin menjejaskan pembelajarannya di sekolah ;sebaliknya ada pula kanak – kanak yang didapati sangat resah dan tidak boleh diam (hyperactive ). Jika ini berlaku doktor akan menilaikan sama ada perasaan mengantuk itu disebabkan oleh terlalu banyakphenobarbitone yang dimakan supaya dapat dikurangkan.Jika kanak – kanak itu didapati sangat resah disebabkan phenobarbitone ubat – ubatan yang lebih sesuai akan digunakan. Ubat ini didapati sesuai bagi kanak – kanak yang sawan yang memerlukan ubat seperti epilim ( Sodium Valproate ) tetapi ada laporan berlakunya gangguan kepada sistem hati atau liver hingga membawa maut kepada beberapa orang kanak – kanak yang mengunakan ubat ini. Tetapi ubat seperti epilim ini adalah sangat berkesan dan kesan – kesan sampingan seperti ini jarang – jarang sekali berlaku tetapi adalah penting bagi seseorang doktor yang mengunakan ubat ini selalu mengawasi yang si pesakit tidak menunjukkan tanda – tanda gangguan sistem hati. Biasanya keadaan ini berlaku ke atas sekumpulan kecil kanak – kanak sahaja. Adalah difikirkan keadaan ini berkaitan dengan konstitusi kanak – kanak itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan terlampau banyak ubat digunakan.
Steroid
Ubat steroid memang selalu dikenali sebagai ubat yang mempunyai potensi memberi kesan sampingan yang merbahaya terutamanya jika digunakan dengan berlebihan. Steroid adalah ubat yang sangat berguna dalam merawat berbagai – bagai penyakit tetapi jika terlalu banyak digunakan boleh menyebabkan seseorang kanak – kanak itu menjadi bulat (moon face) , mengubah corak bahu (buffalo hump) dan jika digunakan dengan lama ubat ini akan menjejaskan tumbesarannya.Ada banyak lagi kesan – kesan sampingan seperti penggunanya lebih mudah diserang penyakit dan glukos boleh dikesan pada kencingnya seperti orang yang menghidap penyakit kencing manis. kadangkala selepas ubat ini diberhentikan kanak – kanak itu mendapat sakit kepala sehingga merunsingkan para doktor kerana mereka tidak pasti sakit kepala itu disebabkan oleh tumbuhan otak. Keadaan ini telah dikenali sebagai ‘ Benign intracranial hypertension ‘ dan akan reda dengan sendirnya tampa apa – apa rawatan.
Vitamin D
Vitamin memang selalu diberikan kepada kanak – kanak dan biasanya bancuhan yang disediakan itu mengandungi bahan – bahan vitamin yang tidak membawa kesan sampingan kepada kanak – kanak. Tetapi jika vitamin seperti vitamin D digunakan dengan berlebihan kanak – kanak itu boleh merasa kehausan , kencing dengan banyaknya akibat ketinggian tahap kalsium di dalam darah. Jika keadaan ini berterusan dengan lamanya ia boleh membawa batu karang dalam buah pinggang ( nephrocalcinosis ).
Vitamin A
Vitamin A jika dimakan dengan terlalu banyak boleh membawa kepada sakit perut , kulit yang kering , sakit tulang – tulang, sakit kepala dan sakit otot – otot.
Penicillin
Penicillin adalah sejenis antibiotik yang sangat mujarab dan telah banyak menyelamatkan nyawa manusia dari penyakit – penyakit berjangkit . Tetapi jarang – jarang kali terdapat individu yang alah (allergic) kepada suntikkan penicillin hingga membawa maut. Doktor lazimnya akan menyoal pesakit sama ada dia pernah mengalami alahan atau penyakit – penyakit alahan seperti lelah. Satu suntikan ujian (test dose) akan diberi sebelum pesakit disuntik dengan dos penicillin sepenuhnya.

Homeopathy Dalam Kaedah Rawatan Masaalah Jiwa & Rohani

Oleh Dr.(H) Zaini Ramli Phom APHom MDHom BHMS(MAhM/USU)

Sabda junjungan kita berkenaan kerja dan kuasa kalbu kita adalah sangat tepat dengan pendapat ahli ilmu dan kesarjanaan zaman ini. Satu nizam berkenaan isi diri insan yang berbunyi ertinya: “Engkau sangka dirimu itu suatu jisim yang kecil, tetapi dalam diri engkau itu tergulung alam yang besar”. Kata-kata yang sangat luas ertinya ini telah dterangkan dengan luas pula oleh ahli sufi

Bila kita berkata tentang tenaga hidup atau kuasa hayat, maka yang dimaksudkan oleh doktor-doktor Homeopathy itu ialah aliran atau pancaindera diri batin yang di dalam dari trimutri yang dinamakan nyawa atau roh itu yang mengarahkan atau memerintah kuasanya kepada lapisan akal dan bahagian rasa sedar. Maka dengan perintahnya itu timbullah rasa dan alamat-alamat pada pancaindera yang disebutkan semboyan-semboyan itu.

Tegasnya semboyan-semboyan itulah suara daripada batin diri yang dikirimkan keluar menerangkan sakitnya kebahagian diri hawasnya yang dirasakan oleh tubuh kasar. Maka disini tidaklah dinafikan bahawa disana ada wujudnya perhubungan di antara bahagian diri dari lapisan-lapisan yang kita sebutkan trimutri itu.

Orang sihat itu ialah orang yang tidak ada apa-apa semboyan yang merunsingkan atau menganggu di dalam dan di luar tubuh badan diri seseorang itu. Menurut pertimbangannya yang berkeadaan waras pada waktu itu maka perasaannya pun sukacita dan perangainya baik. Tetapi bila seseorang sakit, maka timbullah perubahan yang merunsingkan dirinya, sama ada yang merunsingkan dan yang menyusahkan itu ada dirasanya pada sebelah dalam tubuhnya atau diluar tubuhnya. Maka dengan sakit seseorang itu bolah merubah keadaan dan laku perangainya, iaitu masa sihatnya anggotanya dipandang cantik, tutur katanya teratur dan lemah lembut, tegur sapanya ramah tamah, tetapi bila ia sakit jadilah kebalikan dari apa yang disebutkan itu, iaitu rupanya kelihatan sugul, pemarah, bencikan orang atau lain-lain perangai yang diagakkan tidak patut dan bertentangan dengan halnya yang biasa.

Bila di periksa perjalanan hayatnya daripada keadaan urat saraf, pencernaan, nadi, aliran darah dan pukulan jantung, nafsu dan tidurnya didapati berubah daripada yang biasa. Perubahan-perubahan tersebut bukanlah merupakan perubahan pada satu-satu bahagian tertentu sahaja, tetapi mengenai dan berkait mengait dengan seluruh trimutrinya juga. Tegasnya kerana perubahan yang berlaku pada diri yang mendiami sangkar tubuh seseorang itu, maka perubahan itu juga melarat dan mengembang hingga kepada dua bahagian tubuhnya, iaitu bahagian akal, otak dan tubuh jasmaninya.

Bila jiwa atau diri batin seseorang itu berubah, maka perangai dan tubuh seseorang itu mulalah turut berubah pula. Tetapi sebaliknya jika sesuatu berlaku di luar tubuh jasmani seseorang, maka tidaklah dengan mudahnya boleh mempengaruhi dan mengubah atau menukar diri batin seseorang itu. Bila sesuatu perkara berlaku di luar tubuh, terutama perkara-perkara yang tidak begitu besar seperti luka-luka atau kuman biasa, tidaklah memberi kesan yang merbahaya, jika diri batin yang menunggu dalam tubuh seseorang itu sihat dan kuat. Luka-luka kecil akan disembuhkan sendiri sahaja dan kuman akan ditolak dan dibunuh kuasa hayat mempertahankan diri batin itu.

Tetapi jika sesuatu barang yang kecil dan halus sekali pun, yang diagak tidak menjadikan apa-apa hal, berlawan dengan kehendak kuasa hayat atau diri batin itu nescaya akan menimbulkan akibat yang besar dan memeranjatkan. Inilah aturan tabi’i yang telah menjalan undang-undang alam dalam bahagian masing-masing yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Di dalam Islam ada diterangkan dengan jelasnya daripada hadith Rasulullah S.A.W berkenaan taun dan penyakit yang berjangkit.

Tegasnya, Islam tidak percaya kepada iktiqad berjangkitan sebagaimana yang dipercayai oleh sesetengah orang itu. Di sini ternyata bahawa diri batin itu tidak dapat dengan mudah dipengaruhi atau dikuasai, kerana yang memegang kuasa itu ialah diri batin seseorang itu yang sentiasa bekerja dan memerintah kedua-dua bahagian diri atau bahagian akal dan bahagian jasadnya. Kerana itulah kita dapati, misalnya masa hawar mengamuk ada orang yang kena jangkit dan orang yang tidak kena. Ini semua bergantung kepada kekuatan diri batin itu mempertahankan serangan-serangan dari luar, atau pun bergantung kepada penerima rasa(susceptibility) seseorang itu pada menolak atau menerima bahaya yang menyerangnya.

Bagaimana pun kuasa yang tertinggi ialah kuasa roh atau semangat, kemudian barulah kuasa otak atau jasad. Jika semangat itu tidak waras atau tidak betul perjalanannya, maka teruslah melarat pula pada bahagian otak dan tubuh, kerana diri batin itulah yang dahulu sakit, barulah otak dan jasadnya sakit. Maka yang betul dan sesuai cara mengubatinya ialah dengan memberikan penawar yang seraksi dengan diri batin itu. Lebih tegas lagi diri batin itulah yang mesti diubati dan disembuhkan lebih dahulu, kerana pangkalan penyakit itu terletak pada diri batin, ibarat akar yang telah diselimuti dengan suburnya oleh daun-daun, ranting dan dahan sehingga tidak kelihatan lagi akarnya.

Bagaimana pun dibuang daun-daun dan ranting-rantingnya yang nampak diluar pokok asal itu, namun lambat sangat pokok asal yang bertunjang kepada akar itu akan mengeluarkan daun-daun baru pula. Rupa dan tempat tumbuh daun-daun itu juga berubah sedang akar itu tetap hidup di situ juga. Demikianlah cara mengubat di luar tubuh itu, dan cara mengubat diri batin itu ialah dengan cara memotong akar tunjangnya itu sahaja. Bila betul dicangkul atau di potong dengan tidak memperdulikan betapa rendang dan suburnya pokok itu nescaya tidak lama lagi habislah layu daun dan batangnya lalu mati sendiri.

Pada zaman kebendaan atau material ini orang sakit mengunjungi seseorang lepas seseorang doktor, dari seorang pakar atau specialist kepada seorang specialist yang lain pula. Masing-masing telah menjalankan pemeriksaan dengan cermat ke atas pesakit dan telah banyak kedapatan ahli-ahli perubatan yang telah memeriksa itu berpendapat bahawa tiada didapati apa-apa penyakit padanya. Dalam masalah seperti ini tiada jelas kepada pesakit bahawa ia sebenarnya sedang sakit kerana para specialist telah menjelaskan tiada kedapatan apa-apa tanda penyakit mengikut kadar ilmunya, pada hal pesakit itu tidak dapat menafikan bahawa ia setiap masa dan hari merasakan sakitnya itu.

Dalam perkara seperti ini dapat memberikan ubat dengan jayanya, kerana doktor-doktor Homeopathy itu tahu bahawa yang sakit itu ialah diri orang itu, sebelum tubuh organ kasar itu menerima perubahan dan sebelum doktor dan ahli perubatan yang berpegang kepada ilmu pathology, etiology, histology dapat mengenal dan memberi nama-nama penyakit kepada orang yang datang meminta ubat itu.

Orang yang sakit seperti disebutkan di atas, banyak kita dapati di zaman kebendaan atau zaman kemajuan material ini. Jikalau penyakit berada pada organ tubuh atau urat saraf  barulah dikatakan penyakit.

Kesembuhan dengan perubatan Homeopathy itu berjalan dengan lemah lembut dan tidak dengan kasar dan terperanjat. Khasiatnya ubatnya berjalan beransur-ansur dengan tetap, hampir orang yang sakit tidak sedar bahawa ubat itu telah berjalan dan bekerja. Ketenangan kerja khasiatnya itu adalah seperti perjalanan air sungai yang dalam, kelihatan tiada begitu bergerak menuju muaranya, tetapi tetap selesai lalu keluar ke bahagian zahir, menimbulkan kesembuhan di dalam dan di luar.

Itulah kesembuhan yang sebaik-baiknya yang bergantung kepada berjalannya undang-undang dan peraturan-peraturan alam yang telah ditetapkan Tuhan tidak berubah-ubah pada masa yang lalu dan selama-lamanya. Undang-undang itu tidaklah lain daripada undang-undang seraksi. Yang mesti merasakan khasiat dan khasiat ubat itu keluar pula kepada anggota dalam, kepada urat saraf, lalu keluar ke kulit dan anggota yang zahir seperti kuku dan rambut.