Utama

HOMEOPATHY AKUPUNTUR AL HIKMAHSelamat Datang Ke Perubatan Homeopathy Akupuntur Al Hikmah

Pusat Perubatan ini merupakan sebuah syarikat yang berkonsepkan klinik homeopathy dan perubatan alternatif alhikmah, dengan pengalaman merawat pelbagai jenis penyakit biasa mahupun kronik,dan juga mengendalikan kursus-kursus perubatan TCM.

Pusat rawatan ini mempunyai kelainannya yang tersendiri dengan menawarkan pelbagai jenis rawatan dan ubatan alternatif . (Bekam, Akupuntur, Syfia, SEFT, Hypno Therapi)

Perubatan HOMEOPATHY

Homeopathy diasaskan oleh Dr. S. Hahneman pada tahun 1810 di Jerman. Terdapat lebih 20 buah negara yang mengamalkan perubatan ini, antaranya:

1817 Hungary,1818 Amerika Selatan,1821 Itali & Denmark,1823 Amerika Syarikat & Rusia,1823England,

1827 China, 1829 Sepanyol, 1830 Jepun & Perancis, 1835 India & Pakistan,1850 Australia & Kanada

1937 Malaysia & Singapura

Di United Kingdom, homeopathy mendapat sanjungan & diaplikasikan secara meluas. Malah Queen Elizabeth mempunyai doktor peribadi dari homeopathy. Di sana terdapat Hospital Homeopathy DiRaja (The Royal Homeopathy Hospital).

Manakala di Perancis terdapat 6 buah universiti yang menawarkan ijazah kedoktoran homeopathy. Kini terdapat lebih 11,000 doktor homeopathy dan lebih 20,000 farmasi menjual penawar homeopathy.

Masyarakat di Malaysia da Singapura mula mengenali homeopathy sejak tahun 1938 yang diperkenalkan oleh Prof. Burhanuddin Helmy.

Oleh kerana perubatan homeopathy telah bertapak lebih 200 tahun yang lalu berlandaskan falsafah yang kukuh dan terbukti ianya sangat berkesan.